Harga Asus ZenFone 5z Malaysia

Sebelum ini Asus Malaysia telah melancarkan model baru yang akan bersaing untuk pasaran smartphone perdana. Model tersebut ialah Asus ZenFone 5z yang kini di pasaran Malaysia dengan harga RM1899 untuk model 128GB dan RM2299 untuk model 256GB.

Untuk harga yang serendah RM1899, Asus ZenFone 5z sudah tentu model terbaik untuk bersaing dengan smartphone perdana mampu milik seperti Xiaomi Mi 8 dan juga OnePlus 6. Kami akan ulaskan perbandingan antara ketiga-tiga model ini pada artikel review penuh Asus ZenFone 5z akan datang.

Harga Asus ZenFone 5z Malaysia

Asus ZenFone 5z menawarkan rekaan menarik dengan bahagian belakang kaca bersinar seperti cermin yang dikukuhkan lagi dengan kerangka aluminium. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Midnight Blue dan juga Meteor Silver.

Harga Asus ZenFone 5z Malaysia

Skrinnya amat besar iaitu 6.2 inci dengan resolusi 1080 x 2246 pixel dan nisbah 19:9. Skrinnya juga mendapat sentuhan Corning Gorilla Glass yang lebih tahan calar dan hentakan. Dengan bezel sisi yang sangat nipis kelebarannya dapat diminimumkan dengan hanya 75.7 mm iaitu hampir sama dengan kelebaran Asus ZenFone Max Pro M1 yang memiliki skrin 6.0 inci.

Asus ZenFone 5z hadir dengan aturan dual kamera di belakangnya. Sensor pertama ialah 12 Megapixel dengan aperture F1.8 manakala sensor kedua dengan 8 Megapixel kamera sudut lebar dengan keluasan 120 darjah. Ianya dikuasai oleh Asus PixelMaster dan juga menyokong teknologi AI serta portrait mod untuk kesan bokeh yang lebih cantik.

Harga Asus ZenFone 5z Malaysia

Untuk kamera selfie, peranti ini menawarkan kamera 8 Megapixel dengan Aperture F2.0. Untuk model ini Asus turut tampilkan fungsi ZeniMoji iaitu emoji beranimasi dengan watak yang mengikut mimik wajah yang dikesan melalui kamera hadapan.

Peranti ini hadir dengan dua variasi iaitu 128GB memori dengan 6GB RAM serta 256GB memori dengan 8 GB RAM. Ianya sudah tentu dipadankan dengan cip paling berkuasa tahun 2018 iaitu Snapdragon 845. Penggunaan bateri juga menjimatkan dengan Asus BoostMaster dan AI Charging. Ia menggunakan bateri berkapasiti Li-Ion 3300 mAh dan turut menyokong pengecasan pantas melalui USB Type-C.

Harga Asus ZenFone 5z Malaysia

Dengan harga serendah RM1899. Asus telah lakukan yang terbaik untuk hasilkan smartphone berkuasa dengan harga yang lebih berpatutan. Ianya sudah tentu akan menjadi saingan hebat seperti model Xiaomi Mi 8 dan One Plus 6 untuk segmen harga yang hampir sama. Teruskan bersama kami untuk mengetahui review penuh Asus Zenfone 5z yang akan dikeluarkan pada minggu akan datang.