Sekiranya anda sedang mencari smartphone perdana, Asus ZenFone 5z mungkin antara salah satu peranti terbaik untuk anda. Ia bukan sahaja menawarkan peranti premium dengan cip berkuasa, malah harganya jauh lebih rendah berbanding pesaingnya. Di Malaysia peranti ini ditawarkan dengan harga dari RM1899 untuk model 128GB dan RM2299 untuk model 256GB.
Rekaan Premium Asus ZenFone 5z
Rekaan Asus ZenFone 5z agak mirip iPhone X dengan susunan kamera menegak di belakang dan skrin besar bertakuk di bahagian atas hadapan. Asus juga telah menambah pengimbas cap jari di bahagian belakang dengan lapisan kaca bersinar yang sungguh menawan.
Untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Midnight Blue dan juga Meteor Silver dengan Port USB Type-C, Audio Jack serta speaker di bahagian bawahnya.
Asus ZenFone 5z juga hadir dengan skrin bucu-ke-bucu bersaiz 6.2 inci dengan resolusi 1080 x 2246 pixel. Walaupun tidak menggunakan skrin OLED, namun skrin dengan penel LCD ini sudah cukup baik digunakan untuk model premium ini.
Kamera Mantap Dengan Skor 90 Di DxOMark
Asus juga menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik pada model premium ini. Ia hadir dengan sepasang kamera di bahagian belakang dengan sensor 12 Megapixel F1.8 dan 8 Megapixel F2.0 lengkap dengan sokongan AI untuk pengecaman kawasan persekitaran. Asus turut tampilkan fungsi ZeniMoji iaitu emoji beranimasi dengan watak yang mengikut mimik wajah yang dikesan melalui kamera hadapan.
Asus ZenFone 5z menggunakan kombinasi kamera yang sama dengan model Asus ZenFone 5 yang telah menerima skor 90 mata dari DxOMark Mobile. Skor yang sama juga dikongsi oleh Google Pixel dan HTC U11.
Kami telah mencuba sendiri kamera ZenFone 5z dan mengambil gambar sekitar Penang. Sistem auto fokus amat baik dan pantas. Kesan Depth Effect atau bokeh untuk gambar portrait juga sangat cantik dimana anda boleh tentukan artificial bokeh berdasarkan aperture yang dipilih. Untuk kamera selfie pula, peranti ini tampil dengan sensor 8 Megapixel F2.0. Antara beberapa contoh gambar yang diambil seperti di bawah.
Prestasi Berkuasa dengan Cip Snapdragon 845
Asus ZenFone 5z merupakan salah satu model yang menggunakan cip berkuasa Snapdragon 845. Cip berkuasa ini juga tampil dengan rangkaian LTE Cat18 dengan kelajuan muat turun data sehingga 1.2 Gbps. Peranti ini juga turut hadir dengan fungsi NFC dengan sokongan Google Pay serta Dual-Band WiFi dengan 2.4 ghz atau 5 ghz WiFi yang lebih pantas.
Berdasarkan ujian prestasi melalui Geekbench 4, Asus Zen5one 5z telah menerima skor 2478 untuk prestasi Single-Core dan skor 9041 untuk prestasi Multi-Core. Skor prestasinya jauh lebih tinggi berbanding model perdana yang lain seperti Samsung Galaxy Note 8, Galaxy S8 dan Google Pixel 2.
Di Malaysia terdapat dua variasi memori yang ditawarkan iaitu 128GB / 6GB RAM dan 256GB / 8GB RAM. Kedua-dua model ini turut hadir dengan sokongan slot memori tambahan sehingga 400GB.
Asus ZenFone 5z hadir dengan bateri kapasiti 3300 mAh yang turut menyokong teknologi pengecasan pantas. Dalam cubaan kami, baterinya mampu bertahan lebih sehari untuk kegunaan pada tahap biasa.
Pesaing Utama kepada OnePlus 6 dan Mi Mix 2s
Asus ZenFone 5z sudah tentunya akan menjadi saingan hebat pada model perdana mampu milik seperti OnePlus 6 dan juga Xiaomi Mi Mix 2S yang turut menggunakan cip Snapdragon 845.
Untuk variasi memori yang sama iaitu 128GB dan 6GB RAM, Asus ZenFone 5z adalah yang paling mampu milik dengan harga jualan RM1899 manakala Xiaomi Mi Mix 2s dijual pada harga RM2299 dan OnePlus 6 dijual pada harga RM2799.
Sedikit info mengenai Xiaomi Mi Mix 2s dimana ia merupakan peranti dengan skrin 5.99 inci FHD+, dua kamera 12 Megapixel di bahagian belakang, 5 Megapixel kamera selfie serta bateri 3400 mAh. Untuk OnePlus 6 pula hadir dengan skrin 6.28 inci, kombinasi kamera 16 Megapixel dan 20 Megapixel di belakang, 16 Megapixel kamera selfie serta bateri Li-Po 3300 mAh.
Malah, Asus Malaysia telah mengemas kini harga terbaru Asus ZenFone 5z melalui kedai rasmi di Lazada Malaysia. Kini model 128GB berharga serendah RM1699 menjadikan ia sebagai smartphone perdana dengan cip Snapdragon 845 antara termurah dipasaran.
Secara keseluruhannya, Asus ZenFone 5z antara peranti premium terpantas dengan skrin besar serta sistem kamera yang terbaik dan sudah tentunya ia antara yang termurah di pasaran berbanding pesaingnya.