BlackBerry Evolve Dan Evolve X Malaysia

BlackBerry baru sahaja melancarkan dua model baru untuk pasaran pertengahan iaitu BlackBerry Evolve dan Evolve X. Kedua-duanya merupakan peranti bersaiz 5.99 inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixel serta memiliki bateri berkapasiti Li-Ion 4000 mAh.

Perbezaannya sudah tentu pada prestasinya di mana model BlackBerry Evolve menggunakan cip Snapdragon 450 dengan memori dalaman 64GB serta 4 GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan dual lensa 13MP + 13MP di bahagian belakang manakala lensa selfie dimuatkan dengan lensa 16 Megapixel.

Bagi BlackBerry Evolve X pula memiliki CPU yang lebih baik dengan cip Snapdragon 660, 64GB memori terbina serta 6GB RAM. Kamera digunakan ialah 12MP + 13MP di belakang manakala kamera selfie menggunakan lensa 16 Megapixel.

Kedua-dua peranti ini juga memiliki pengimbas cap jari di belakangnya, USB Type-C dan menggunakan sistem Android 8.1 Oreo terkini. Tambahan untuk model Evolve X yang turut menyokong penggunaan pengecas tanpa wayar dan Dolby Atmos Sound.

BlackBerry Evolve Dan Evolve X Malaysia

BlackBerry turut mengeluarkan harga rasmi untuk kedua-dua model ini di mana harga BlackBerry Evolve X bermula INR34,990 (Sekitar RM2099) di India manakala model EvolveĀ  berharga INR24,990 (Sekitar RM1499) untuk pasaran Malaysia. Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga serta tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia.