Harga Honor Play Malaysia

Honor Malaysia baru sahaja melancarkan smartphone untuk kaki Gaming dengan harga yang mampu milik. Honor Play boleh didapati mulai 10 Ogos ini dengan harga RM1249.

Untuk peranti dibawah harga RM1300, Honor Play menawarkan sesuatu yang agak menarik. Skrinnya agak besar yang amat sesuai untuk permainan digital. Honor Play bawakan paparan berukuran 6.3 Inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel dan nisbah skrin 19.5:9. Ia juga turut tampil dengan skrin lengkung 2.5D.

Honor Play turut bawakan antara muka EMUI8. 2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini hadir dengan cip Kirin 970, 64GB memori dalaman serta 4 GB RAM. Untuk pengalaman bermain permainan digital yang lebih menarik, ia turut menyokong GPU Turbo untuk tingkatkan keupayaan grafik ke tahap yang lebih baik.

Harga Honor Play Malaysia

Fungsi lain untuk Gaming yang lebih menarik termasuk 4D Gaming Experience dengan kesan gegaran semasa bermain serta 3D Sound Audio untuk kualiti audio yang lebih realistik dan berkualiti. Bateri yang ditawarkan juga cukup besar dengan kapasiti Li-Po 3750 mAh serta turut menyokong teknologi pengecaman pantas.

Harga Honor Play Malaysia

Untuk kamera, Honor Play tampil dengan dua kamera di belakang dengan sensor 16 Megapixel dan 2 Megapixel. Manakala untuk selfie, peranti ini tawarkan kamera 16 Megapixel. Kameranya juga menyokong teknologi AI untuk kenal pasti lebih 200 senario bagi memastikan aturan yang sesuai digunakan bagi setiap gambar yang diambil.

Baca : Spesifikasi Penuh & Harga Terkini Honor Play Di Malaysia

Honor Play boleh didapati di Malaysia bermula 10 Ogos ini dengan harga jualan RM1249. Ianya boleh didapati dan ditempah mulai hari ini melalui Shopee Malaysia.