Harga Microsoft Surface Go Malaysia

Microsoft Malaysia mula membuka tempahan untuk pembelian Surface Go. Ia dilakukan melalui Lazada Malaysia dengan harga rasmi RM1749 untuk model 64GB eMMC / 4GB RAM dan RM2399 untuk model 128GB SSD / 8 GB RAM.

Seiringan dengan peranti tersebut, Microsoft juga telah menjual berasingan aksesori khas untuk Surface Go termasuk Surface Pen dengan harga RM281, Type Cover Keyboard pada harga RM399 dan Bluetooth Mouse dengan harga jualan RM178.

Sedikit mengenai spesifikasi tablet 2-dalam-1 Microsoft Surface Go yang merupakan tablet 10 inci dengan paparan PixelSense dan resolusi 1800 x 1200 pixel. Peranti ini menggunakan platform Windows 10 yang turut dikuasai cip Intel Pentium Gold 4415Y dengan cip grafik Intel HD 615.

Harga Microsoft Surface Go Malaysia

Kameranya menggunakan kamera 8 Megapixel di bahagian belakang. Kamera hadapannya pula menggunakan sensor 5 Megapixel yang boleh digunakan untuk Skype dan juga pengecaman wajah melalui Windows Hello.

Baca : Spesifikasi Penuh Dan Harga Microsoft Surface Go

Peranti ini juga hadir dengan sambungan Usb Type-C, 3.5mm audio Jack, Surface Connect Port, slot microSDXC, sambungan Wifi dan juga Bluetooth. Bagi yang berminat untuk dapatkan Microsoft Surface Go boleh dapatkannya di Lazada Malaysia mulai hari ini.