Harga Xiaomi Mi A2 Dan A2 Lite Malaysia

Akhirnya Xiaomi Malaysia telah melancarkan dua smartphone Android One untuk pasaran tempatan. Dua model tersebut ialah Xiaomi Mi A2 yang dijual pada harga RM999 untuk model 64GB dan RM1199 untuk model 128GB. Bagi model Xiaomi Mi A2 Lite akan dijual pada harga RM699.

Spesifikasi Xiaomi Mi A2

Xiaomi Mi A2 menampilkan lebih banyak pembaharuan berbanding model tahun lalu Xiaomi Mi A1. Kini skrinnya bersaiz lebih besar iaitu 5.99 inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixel dan 18:9 nisbah skrin. Ia juga hadir dengan tiga warna pilihan termasuk biru, hitam dan emas.

Di dalamnya, Mi A2 hadir dengan cip Snapdragon 660 dengan kekuatan Octa-Core CPU, bateri Li-Ion 3000 mAh serta pilihan memoriĀ 64GB/4GB RAM dan 128GB/6GB RAM.

Kualiti kamera juga telah ditambah baik terutamanya untuk kamera selfie yang kini menggunakan lensa 20 Megapixel. Kamera utamanya hadir dengan dua sensor 12 Megapixel dan 20 Megapixel

Harga Xiaomi Mi A2 Dan A2 Lite Malaysia

Spesifikasi Xiaomi Mi A2 Lite

Berbeza dengan Xiaomi Mi A2, versi Lite ini memiliki skrin takuk dengan nisbah 19:9 dan bersaiz lebih kecil iaitu 5.84 inci. Ia juga memiliki pilihan warna yang sama iaitu biru, hitam dan emas.

Peranti dengan Android 8.1 terkini ini juga dikuasai oleh cip Snapdragon 625 Octa-Core 2.0 Ghz. Hanya satu pilihan memori ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu 32GB/3GB RAM dengan sokongan slot MicroSD sehingga 256GB. Untuk kamera, Mi A2 Lite tampilkan dua sensor dengan 12 Megapixel dan 5 Megapixel di belakang. Manakala kamera selfie menggunakan sensor 5 Megapixel.

Bagi yang berminat untuk dapatkan kedua-dua model ini, Xiaomi Mi A2 Lite akan mula dijual pada 18 Ogos ini dengan harga RM699. Manakala Xiaomi Mi A2 pula dijual mulai 3 Ogos ini dengan harga rasmi bermula RM999.