Huawei Honor Note 10 Malaysia

Huawei baru sahaja mengumumkan peranti terbaru untuk barisan Honor Note dan model kali ini sudah tentu hadir dengan skrin yang lebih besar.

Selain Xiaomi Mi Max 3, Huawei Honor Note 10 juga salah satu model smartphone dengan skrin yang menghampiri 7.0 inci. Skrinnya bersaiz 6.95 inci jenis AMOLED dengan resolusi 1080 x 2220 pixel serta besel nipis dan tanpa takuk. Paparannya turut menyokong standard HDR10.

Peranti ini hadir dengan pilihan sama ada 6GB atau 8GB RAM, Memori Sehingga 128GB, pemproses Kirim 970 serta menggunakan platform Android 8.1 Oreo terkini dengan EMUI. Ia tidak memiliki headphone Jack, tetapi ditambah dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas.

Dengan sokongan Huawei GPU Turbo, sudah tentu Honor Note 10 merupakan salah satu peranti yang sesuai untuk gaming.

Huawei Honor Note 10 Malaysia

Honor Note 10 dimuatkan dengan kamera 24 Megapixel dan 16 Megapixel di belakangnya. Kamera selfie pula menggunakan sensor 13 Megapixel. Kedua-dua kameranya turut menyokong teknologi AI untuk pengecaman suasana persekitaran.

Untuk harga Huawei Honor Note 10, peranti ini dijual di China pada harga bermula CNY 2,799 untuk model 6GB/64GB, CNY 3,199 untuk model 6GB/128GB dan CNY 3,599 untuk model 8GB RAM dengan 128GB memori. Buat masa ini tiada maklumat untuk harga Honor Note 10 di Malaysia serta tarikh pelancarannya.