Huawei Mate 20 Lite Malaysia

Huawei dijangka akan memperkenalkan siri Huawei Mate yang baru pada bulan Oktober ini. Ianya termasuk Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 Lite.

Mengenai Huawei Mate 20 Lite, telah banyak spesifikasi awal yang telah tertiris di Internet. Peranti ini dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.3 Inci dengan takuk di bahagia atas skrin serta resolusi 2340 x 1080 pixel.

Untuk kamera, Mate 20 Lite dijangka menggunakan kombinasi sensor 20 Megapixel dan 2 Megapixel di bahagian belakang manakala untuk kamera selfie akan menggunakan sensor 24 Megapixel.

Selain Huawei Nova 3i, Huawei Mate 20 Lite merupakan model kedua yang menggunakan cip Kirin 710. Ianya termasuk penggunaan 6GB RAM, 64GB memori dalaman, 3650 mAh bateri serta Android 8.1 Oreo.