Android 9.0 Pie Update Malaysia

Setelah berbulan-bulan berada di dalam versi pembangun, akhirnya Google telah mengumumkan secara rasmi Android 9.0 Pie.

Ianya merupakan kemaskini terkini sistem Android yang mengfokuskan kepada “Machine Learning” dengan gabungan kecerdasan buatan atau AI untuk penggunaan smartphone yang lebih berkesan.

Ianya termasuk pengurusan bateri yang lebih baik dengan mengurus aplikasi di latar, tahap kecerahan skrin yang sesuai dan sebagainya.

Android 9.0 Pie Update Malaysia

Melalui Android 9.0 Pie juga membantu anda lakukan tugas dengan lebih mudah dan cepat melalui fungsi App Action. Fungsi ini akan menjangka apa yang ingin dilakukan kemudian berdasarkan konteks dan paparan.

Sebagai contoh, anda selalunya akan ke tempat kerja pada pukul 8.00 pagi setiap hari, jadi melalui Android Pie ini ia akan mencadangkan navigasi ke tempat kerja pada waktu tersebut melalui Google Maps.

Android 9.0 Pie Update Malaysia

Android Pie ini juga memperkenalkan fungsi baru bagi menguruskan masa untuk penggunaan peranti supaya tidak terlalu banyak masa dalam sehari dihabiskan untuk smartphone. Melalui fungsi ini anda boleh mengehadkan masa penggunaan bagi setiap aplikasi.

Android 9.0 Pie boleh mula dikemaskini mulai hari ini untuk smartphone Pixel. Beberapa peranti terpilih yang menyertai program Beta dari Sony Mobile, Xiaomi, Nokia, Oppo, Vivo, One Plus, Essential serta peranti Android One akan menerima kemaskini pada masa akan datang.