Kotak Jualan Samsung Galaxy Note9

Samsung Galaxy Note9 akan dilancarkan pada 9 Ogos ini yang akan berlangsung di Brooklyn, New York. Berbaki 3 hari lagi, telah banyak desas-desus mengenai spesifikasi peranti ini telah Tertiris di internet. Terbaru, kotak Jualan untuk Samsung Galaxy Note9 telah tertiris di internet yang turut memaparkan spesifikasi lengkap untuk peranti tersebut.

Berdasarkan maklumat di kotak jualan tersebut yang ditulis dalam bahasa Rusia, Note9 akan dilengkapi dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.4 inci dengan resolusi QHD+.

Peranti ini juga tampil dengan dua kamera 12 Megapixel. Kamera pertama dengan bukaan aperture yang boleh di laras F1.5 – F2.4 dan kamera kedua jenis telephoto dengan bukaan aperture tetap F2.4. Untuk kamera selfie pula dimuatkan dengan lensa 8 Megapixel. Kamera utamanya juga menyokong rakaman gerak perlahan pada 960fps.

Galaxy Note9 juga bakal hadir dengan model 128GB dan 6GB RAM serta 4000 mAh bateri. Ia juga menggunakan stereo speaker yang telah ditune oleh AKG. Fungsi lain yang turut hadir termasuk ciri-ciri kalis air IP68, Pengimbas cap jari di bahagian belakang, serta pengimbas iris.