Oppo R17 Malaysia

Oppo baru saja mengumumkan model Premium kelas pertengahan iaitu Oppo R17. Ia hadir dengan rekaan bergaya dalam dua pilihan warna Stream Blue dan juga Neon Purple. Pilihan warnanya dilihat hasil inspirasi dari model perdana mereka iaitu Oppo Find X yang diperkenalkan awal bulan lalu di Malaysia.

Oppo R17 menawarkan skrin yang cukup besar dengan paparan AMOLED 6.4 inci dengan resolusi FullHD+. Menarik mengenai paparannya, terdapat pengimbas cap jari di bahagian bawahnya.

Peranti ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 670 dengan CPU Octa-Core dan Adreno 615. Ia turut hadir dengan kombinasi 128GB memori dalaman, 8GB RAM serta bateri 3500 mAh yang menyokong pengecaman pantas VOOC.

Oppo R17 Malaysia

Kamera selfie menggunakan 25 Megapixel dengan Aperture F2.0 serta sokongan teknologi AI yang boleh mengenal pasti lebih 800 senario yang berbeza. Kamera belakangnya pula menggunakan dua sensor 16 Megapixel.

Oppo R17 akan mulakan jualannya di China bermula 18 Ogos ini. Harga jualan masih lagi belum diumumkan. Buat masa ini masih belum ada maklumat sama ada peranti ini akan masuk ke pasaran tempatan atau pun tidak.