Samsung Galaxy Tab A 10.5 Malaysia

Selain Samsung Galaxy Tab S4 10.5, Samsung turut memperkenalkan satu lagi tablet dengan skrin yang sama saiz iaitu Samsung Galaxy Tab A 10.5. Ianya merupakan tablet khas untuk kanak-kanak yang hadir dengan mod serta aplikasi dan permainan khas untuk mereka.

Galaxy Tab A 10.5 tampil dengan skrin bersaiz 10.5 inci jenis TFT LCD dan resolusi 1920 x 1200 pixel. Peranti ini juga menggunakan pemproses Snapdragon 450 yang hadir bersama 32GB memori dalaman serta 4 GB RAM.

Tablet ini memiliki dua variasi sama ada model LTE Cat6 atau model Wifi sahaja. Kedua-duanya hadir dengan bateri berkapasiti 7300 mAh. Untuk kamera, perangi ini dimuatkan dengan lensa 8 Megapixel di belakang manakala kamera hadapan hadir dengan lensa 5 Megapixel.

Samsung Galaxy Tab A 10.5 Malaysia

Samsung Galaxy Tab A 10.5 akan mulakan jualan di Eropah dengan harga €330 (Sekitar RM1599) untuk model Wifi manakala model LTE akan di pasarkan dengan harga €390 (Sekitar RM1899). Tiada maklumat mengenai tarikh pelanjaran dan harga Samsung Galaxy Tab A 10.5 di Malaysia buat masa ini.