Samsung Galaxy Tab S4 10.5 Malaysia

Nampaknya Samsung cuba untuk mengatasi Apple dalam menghasilkan tablet berkuasa khas untuk produktiviti. Samsung baru sahaja mengumumkan tablet bersaiz 10.5 inci, Samsung Galaxy Tab S4 10.5 yang menyokong penggunaan Samsung DeX dan S Pen.

Bagi yang belum mengetahui, Samsung DeX merupakan mod khas yang mengubah antaramuka Android kepada seolah-olah PC untuk fungsi multi-tasking yang lebih berkesan.

Mengenai spesifikasi Samsung Galaxy Tab S4 10.5 yang hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 10.5 inci dengan resolusi 2560 x 1600 pixel. Ia juga memiliki empat speaker yang menyokong Dolby Atmos dan telah di-tune oleh AKG.

Samsung Galaxy Tab S4 10.5 Malaysia

Tablet perdana ini juga dikuasai oleh pemproses Snapdragon 835 yang hadir bersama 4 GB RAM. Ia juga menggunakan Android 8.1 Oreo terkini dengan bateri 7300 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 15W.

Terdapat dua variasi untuk model ini iaitu dengan rangkaian Wifi sahaja dan juga model LTE Cat16 bagi yang inginkan data dari selular. Kamera digunakan ialah 13 Megapixel manakala di bahagian hadapan menggunakan kamera 8 Megapixel.

Samsung Galaxy Tab S4 10.5 mula dijual di USA dan Eropah dengan harga bermula USD549 (Sekitar RM2299) untuk model 64GB dan USD750 (RM3099) untuk model 256GB. Tiada maklumat mengenai tarikh pelanjaran dan harga Samsung Galaxy Tab S4 10.5 di Malaysia buat masa ini.