Harga Wiko Jerry3 Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik dibawah harga RM300, Wiko Jerry3 mungkin salah satu model yang sesuai untuk anda. Model ini baru sahaja di Malaysia yang dijual pada harga serendah RM269.

Wiko Jerry3 merupakan peranti kecil bersaiz 5.45 inci dengan resolusi 960 x 480 pixel. Peranti ini menggunakan Android Oreo edisi Go yang telah dioptimumkan kepada peranti mampu milik untuk prestasi yang lebih lancar.

Peranti dengan CPU Quad-Core ini juga menggunakan memori 16GB dengan 1GB RAM serta turut menyokong slot microSD sehingga 64GB untuk sokongan memori tambahan.

Harga Wiko Jerry3 Malaysia

Untuk kamera, Wiko Jerry3 hadir dengan kamera tunggal 5 Megapixel di belakang dan juga hadapan. Kamera selfie turut menyokong Selfie Flash untuk gambar portrait yang lebih jelas dan cerah.

Wiko Jerry3 boleh didapati dalam empat pilihan warna termasuk Anthracite, Gold, Bleen dan Cherry Red dengan harga rasmi RM269.