Pocophone Malaysia

Xiaomi akan memperkenalkan sub-jenama baru iaitu Poco. Seperti jenama induknya, Poco juga akan mengfokuskan pada smartphone yang lebih mampu milik dengan spesifikasi tinggi.

Bedasarkan maklumat yang dikeluarkan Poco India, Smartphone pertama Poco akan diumumkan pada 22 Ogos ini di New Delhi, India. Peranti tersebut ialah Poco F1.

Sebelum ini telah banyak maklumat telah tertiris mengenai Poco F1 ini termasuk gambar penuh kotak Jualan dan peranti itu sendiri.

Bedasarkan maklumat yang Tertiris, model pertama ini akan menggunakan cip berkuasa Snapdragon 845 dengan memori 64GB dan 6 GB RAM. Di kotak jualannya turut senaraikan peranti ini hadir dengan kamera Ai 20 Megapixel di hadapan, gabungan kamera 12 Megapixel dan 5 Megapixel di bahagian belakang.

Selain itu, ia juga dikatakan hadir dengan skrin bersaiz 5.99 inci dengan resolusi FullHD+ serta bateri 4000 mAh.