Xiaomi Qin Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengumumkan model telefon murah yang dinamakan Xiaomi Qin untuk pasaran China. Peranti ini merupakan “Feature Phone” dengan fungsi asas untuk membuat panggilan, menghantar SMS dak akses internet.

Tidak seperti smartphone yang lain, feature phone ini memiliki papan kekunci T9 dengan skrin kecil bersaiz 2.8 inci, resolusi 320 x 240 pixel dan tanpa sokongan skrin sentuh.

Xiaomi Qin akan hadir dalam dua model, model pertama Qin 1, menggunakan cip Mediatek MT6260A dengan 8MB RAM dan juga 16MB memori dalaman. Model kedua Qin 1s memiliki prestasi yang lebih baik dengan cip Spreadtrum SC9820 Dual-Core 1.2 Ghz, 256MB RAM dan 512MB memori dalaman.

Model Qin 1s juga memiliki rangkaian 4G, VoLTE, GPS yang dijalankan menggunakan sistem operasi MACOR5.

Kedua-dua model ini juga memiliki sambungan Wifi, Bluetooth 4.2, pengecasan melalui USB Type-C serta memiliki bateri berkapasiti 1480 mAh yang mampu bertahan sehingga 15 hari untuk pengecaman penuh.

Buat masa ini, peranti ini hanya dipasarkan di China sahaja dalam pilihan warna hitam dan putih. Harga Xiaomi Qin bermula CNY199 (Sekitar RM129) dengan jualan di China bermula 15 September ini.