Asus Zenfone Max Plus M1 Malaysia

Asus Malaysia telah mengemas kini harga dua model smartphone iaitu Asus ZenFone Max Plus M1 yang kini berharga RM499 serta Asus ZenFone 4 Max yang berharga RM399.

Ianya penurunan sehingga RM200 berbanding harga asal di mana ZenFone Max Plus M1 sebelum ini berharga RM699 dan ZenFone 4 Max pula berharga RM499.

Sedikit mengenai spesifikasi Asus Zenfone Max Plus yang merupakan peranti bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD+, pemproses Mediatek MT6750T, 3GB RAM serta 32GB memori. Kamera digunakan ialah dua 16 Megapixel dan 8 Megapixel di belakang dan 8 Megapixel kamera Selfie.

Untuk Zenfone 4 Max pula hadir dengan skrin yang lebih kecil iaitu 5.2 inci dengan cip Snapdragon 425, 3GB RAM serta 32 GB memori dalaman. Peranti ini turut hadir dengan 13 Megapixel + 5 Megapixel kamera utama dan 8 Megapixel kamera Selfie.

Kedua-dua model ini boleh didapati di Lazada Malaysia atau pengedar rasmi Asus seluruh Malaysia.