Harga Honor Play Player Edition  Malaysia

Peranti yang mengfokuskan kepada permainan, Honor Play telah dilancarkan di Malaysia pada 10 Ogos yang lalu. Ia dijual dengan harga RM1249 yang hadir bersama 4GB RAM dan 64GB memori terbina.

Terbaru Honor Malaysia akan membawa masuk model khas Player Edition dengan rekaan belakang yang lebih menarik yang sesuai untuk penggemar permainan telefon pintar. Honor Play Player Edition dijual sedikit mahal berbanding Honor Play yang biasa iaitu RM1299.

Honor Play Player Edition hadir dalam dua pilihan warna baru iaitu merah dan hitam namun untuk di Malaysia hanya model bewarna hitam yang dibawa masuk.

Untuk spesifikasi, peranti ini menawarkan skrin bersaiz 6.3 Inci dengan resolusi FHD+. Ia juga dipadankan dengan cip berkuasa keluaran Huawei, Kirin 970 yang menyokong GPU Turbo untuk prestasi permainan yang lebih baik.

Harga Honor Play Player Edition  Malaysia

Dua sensor kamera digunakan di bahagian belakang iaitu 16 Megapixel F2.2 dan 2 Megapixel F2.4. Untuk Selfie peranti ini hadir dengan sensor 16 Megapixel.

Selain GPU Turbo, Honor juga telah memperkenalkan beberapa fungsi khas untuk permainan seperti 4D Smart Shorck iaitu fungsi gegaran peranti ketika bermain serta 3D Sound untuk kualiti bunyi yang lebih baik.

Honor Play Player Edition Akan mulakan jualan di Malaysia mulai 7 September ini yang boleh didapati melalui Shopee, Lazada dan HiHonor.Com.