Harga Nokia 6.1 Plus Malaysia

HMD Global telah mengumumkan dua model smartphone pertengahan untuk pasaran Malaysia iaitu Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus. Kedua-dua model ini adalah sebahagian dari program Android One yang menawarkan platform Android Tulen dengan kemaskini terkini.

Nokia 6.1 Plus akan mula dijual di Malaysia bermula 26 September 2018 dengan harga rasmi RM1149. Model Nokia 5.1 Plus pula akan berlabuh di pasaran tempatan pada bulan hadapan. Harga rasmi untuk peranti ini masih lagi belum diketahui.

Nokia 6.1 Plus yang juga dikenali sebagai Nokia X6 di China hadir dengan skrin bersaiz 5.8 inci dengan resolusi FullHD+ 1080 x 2280 pixel. Peranti ini juga hadir dengan memori sebesar 64GB dan 4GB RAM. Untuk prestasi, peranti ini sebaris dengan Asus Zenfone Max Pro M1 dan Xiaomi Redmi Note 5 Pro yang menggunakan cip Snapdragon 636.

Harga Nokia 6.1 Plus Malaysia

Untuk kamera, Nokia 6.1 Plus bawakan gabungan dua kamera dengan sensor 16 Megapixel F2.0 dan 5 Megapixel F2.2. Kamera selfie pula hadir dengan sensor 16 Megapixel F2.0.

Baca : Spesifikasi Penuh Dan Harga Terkini Nokia 6.1 Plus Di Malaysia

Untuk model Nokia 5.1 Plus pula merupakan peranti dengan skrin 5.89 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1520 pixel, menggunakan cip Helio P60, 32GB Memori serta 3GB RAM. Peranti ini juga menggunakan kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel di belakang serta 8 Megapixel kamera Selfie. Untuk harga Nokia 5.1 Plus di Malaysia, sama sama kita nantikan pada bulan Oktober ini.