Harga Vivo V11 Malaysia

Vivo Malaysia telah melancarkan dua model baru untuk pasaran tempatan. Model tersebut ialah Vivo V11 dan Vivo V11i yang akan dijual pada 15 September ini dengan harga rasmi RM1299 untuk model V11i dan RM1699 untuk model V11.

Vivo V11 merupakan model berkuasa dengan cip Snapdragon 660, 6GB RAM, pilihan 64GB atau 128GB memori serta bateri Li-Po 3400 dengan sokongan pengecasan pantas. Menariknya peranti ini merupakan model mid-range pertama yang menggunakan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Harga Vivo V11 Malaysia

Peranti ini juga hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.41 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel, 25 Megapixel kamera selfie serta kombinasi kamera 12 Megapixel F1.8 dan 5 Megapixel F2.4 di bahagian belakang peranti.

Baca : Spesifikasi Dan Harga Vivo V11 Malaysia

Bagi model V11i pula hadir dengan skrin bersaiz 6.3 Inci dengan resolusi 1080 x 2280 pixel, cip Mediatek Helio P60, 4GB RAM serta 128GB memori terbina.

Harga Vivo V11i Malaysia

Peranti dengan bateri Li-Po 3315 mAh ini juga hadir dengan dual kamera dengan sensor 16 Megapixel dan 5 Megapixel di bahagian belakang. Kamera selfienya turut menggunakan sensor 25 Megapixel.

Baca : Spesifikasi Dan Harga Vivo V11i Malaysia

Di Malaysia, kedua-dua peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Starry Night dan Nebula Fusion. Vivo V11 boleh didapati mulai 15 September ini dengan harga RM1699 manakala model Vivo V11i hadir di pasaran mulai 21 September pada harga RM1299.