Oppo Realme 2 Pro Hadir Dengan 8GB RAM, Cip Snapdragon 660

★★★★★
(513 Votes)

Harga Oppo Realme 2 Pro Malaysia

Jenama dibawah Oppo, Realme baru sahaja melancarkan model terbaru mereka iaitu Realme 2 Pro. Menarik mengenai peranti pertengahan ini ialah ia antara model terawal yang hadir dengan 8GB RAM.

Spesifikasinya juga agak menarik untuk peranti pertengahan mampu milik ini. Di India Oppo Realme 2 Pro dijual dengan harga bermula dari Rs 13,990 atau bersamaan dengan RM799 untuk model 64GB dan 4GB RAM.

Oppo Realme 2 Pro hadir dengan skrin 6.3 Inci FullHD+ dengan takuk titisan air yang dipanggil Dewdrop. Di bahagian kecil Dewdrop terdapat 16 Megapixel kamera selfie, Earpiece dan sensor cahaya dan sensor jarak (proximity). Di bahagian belakang peranti ini tampil dengan dual kamera dengan sensor 16 Megapixel F1.7 dan 2 Megapixel.

Spesifikasi Oppo Realme 2 Pro Malaysia

Didalamnya, peranti ini dikuasai cip berkuasa Snapdragon 660 serta tiga pilihan memori iaitu 4GB/64GB, 6GB/64GB serta 8GB/128GB. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini yang boleh dimuat sehingga 256GB.

Seperti peranti Oppo yang lain, Realme 2 Pro juga menggunakan Colors 5.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo. Ia juga dimuatkan dengan 3,500 mAh bateri namun tanpa teknologi pengecasan pantas dan tanpa USB Type-C.

Harga Oppo Realme 2 Pro Malaysia

Oppo Realme 2 Pro akan mula dijual di India bermula 11 Oktober 2018 dengan harga jualan INR13,990 untuk model 4GB/64GB , INR15,990 untuk model 6GB/64GB dan model 8GB/128GB pula akan berharga INR17,990 ($250/€212). Ia boleh didapati dalam tiga pilihan iaitu hitam, biru gelap dan biru muda. Untuk Harga Oppo Realme 2 Pro di Malaysia, peranti ini dijangka akan dijual sekitar RM799 hingga RM1099 sekiranya memasuki pasaran tempatan.

Related Laptops

WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.