Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia

Asus Malaysia telah memperkenalkan variasi baru kepada Asus ZenFone Max Pro M1 yang hadir dengan 6GB RAM serta kamera yang lebih baik berbanding versi 3GB RAM.

Semasa pelancarannya, model ZenFone Max Pro M1 3GB RAM dijual dengan harga RM699 manakala untuk versi 6GB RAM dijual pada harga RM999. Kami telah mencuba kedua-dua variasi ini. Model Asus ZenFone Max Pro 3GB RAM boleh dikatakan antara model yang terbaik dibawah harga RM600 terutamanya untuk Gaming. Dengan tambahan RM300 untuk dapatkan lebih memori, RAM dan kamera yang lebih baik. Adakah ianya berbaloi?. Mari kita lihat ulasan kami mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 versi 6GB RAM.

Prestasi Asus Zenfone Max Pro M1

Untuk model baru ini, kami akan fokuskan lebih kepada prestasi dan kualiti kamera memandangkan ia merupakan perbezaan utama kedua-dua variasi ini. Sebelum kita ulas perkara ini dengan lebih terperinci,  sudah tentu kita perlu mengetahui mengenai spesifikasinya.

Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia

Asus Zenfone Max Pro M1 hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan perak dengan skrin bersaiz 6.0 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2160 pixels. Skrinnya juga menggunakan lapisan kaca 2.5d untuk sisi skrin yang melengkung. Malangnya peranti ini tidak didatangkan dengan Gorila Glass yang lebih lasak. Untuk spesifikasi penuh serta perbandingan antara versi 3GB dan 6GB seperti di bawah.

Asus Zenfone Max Pro M1 Versi 3GB RAM Asus Zenfone Max Pro M1 Versi 6GB RAM
Platform Android 8.1 (Oreo) – Android Tulen Android 8.1 (Oreo) – Android Tulen
Pemproses Qualcomm SDM636 Snapdragon 636 Qualcomm SDM636 Snapdragon 636
CPU Octa-Core 1.8 GHz Kryo 260 Octa-Core 1.8 GHz Kryo 260
Paparan Skrin IPS 6.0 Inci, 1080 x 2160 pixels Skrin IPS 6.0 Inci, 1080 x 2160 pixels
Memori
  • 32GB Dengan  3GB RAM
  • 64GB With 6GB RAM
Kamera
  • 13 MP (F2.2) + 5 MP (F2.4)
  • 4K Recorder, HDR, PDAF
  • Kamera Selfie 8 MP
  • 16 MP (F2.0) + 5 MP (F2.4)
  • 4K Recorder, HDR, PDAF
  • Kamera Selfie 16 MP
Rangkaian HSPA, LTE Cat4, Wi-Fi, Bluetooth HSPA, LTE Cat4, Wi-Fi, Bluetooth
Bateri Li-Po 5000 mAh Li-Po 5000 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Silver, Black
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Triple Slot (Dual-SIM/microSD)
  • Warna Silver, Black
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Triple Slot (Dual-SIM/microSD)
Harga Di Malaysia RM699 RM999

Memandangkan kami telah mencuba versi 3GB dan 6GB, ternyata 6GB RAM membantu tingkatkan prestasi peranti yang lebih lancar. Ianya dapat dilihat dengan ketara pada kamera apabila dengan mod depth dipasang. Model 6GB lebih cepat memproses gambar berbanding model 3GB.

Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia

Melalui ujian kami melalui aplikasi Antutu Benchmark di mana model 6GB ini mendapat sore keseluruhan sehingga 114728. Untuk versi 3GB pula mendapat skor sekitar 110311. Dari skor dibawah juga dapat disimpulkan juga dengan peningkatan RAM dapat tingkat prestasi keseluruhan peranti walaupon menggunakan CPU yang sama.

Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia
Skor Antutu Benchmark Untuk Model 3GB RAM Dan 6GB RAM

Prestasi untuk gaming juga lebih baik untuk Zenfone Max Pro versi 6GB RAM. Sebagai contoh permainan popular PUBG telah disetkan aturan Medium Graphics secara automatik manakala model 3GB RAM disetkan Low Graphics pada aturan grafik permainan tersebut. Jadi, bagi yang gemar bermain permainan bergrafik tinggi, model 6GB RAM sudah tentu model yang lebih baik untuk anda.

Kamera Dengan Dual Kamera 16+5 Megapixel

Kamera yang digunakan juga jauh lebih baik dengan sensor baru iaitu 16 Megapixel (F2.0) dan 5 Megapixel (F2.4) di bahagian belakang. Kameranya dilihat lebih tajam dan jelas berbanding model 3GB RAM memandangka ia menggunakan kamera dengan resolusi yang lebih tinggi. Untuk kamera hadapan pula peranti ini tampil dengan lensa 16 Megapixel. Untuk contoh gambar-gambar yang diambil seperti dibawah.

Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia Review Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB Malaysia

Versi 6GB Atau 3GB RAM

Secara keseluruhannya variasi 6GB ini sudah tentu lebih baik dari segi prestasi, kamera dan juga ruang memori yang lebih besar. Bagi yang gemar bermain permainan dengan keupayaan grafik tinggi model 6GB RAM ini antara salah satu model mampu milik terbaik yang boleh anda dapati. Namun, untuk kegunaan biasa, Asus Zenfone Max Pro M1 Versi 3GB RAM sudah cukup memadai untuk anda. Tambahan pula ia menggunakan skrin besar, Android Tulen dan bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari sudah tentu memberi kelebihan kepada kedua-dua model ini berbanding pesaingnya yang lain seperti Redmi Note 5 Pro.