Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB RAM Malaysia

Sebelum ini Asus telah memperkenalkan Smartphone pertengahan khas untuk gaming iaitu Asus Zenfone Max Pro M1 yang kini di pasaran Malaysia bermula dari RM699.

Kami telah membuat ulasan penuh mengenai peranti tersebut. Ianya merupakan model terbaik bagi yang mencari smartphone yang sesuai untuk permainan dengan bajet yang agak rendah.

Namum bagi yang inginkan model dengan memori yang lebih besar serta kapasiti RAM yang lebih tinggi Asus juga telah bawakan ZenFone Max Pro M1 dengan 6GB RAM dan 64GB memori ke pasaran Malaysia dengan harga jualan RM999.

Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB RAM Malaysia

Dari segi rekaan dan skrin peranti ini sama sahaja seperti model 3GB RAM yang pernah kami review sebelum ini. Ia hadir dengan skrin 6.0 inci dengan resolusi FullHD+ 1080 x 2160 pixel.

Ia juga di padukan oleh pemproses Qualcomm SDM636 Snapdragon 636 Octa-Core 1.8 GHz Kryo 260 dengan cip grafik Adreno 509. Bezanya ialah model ini dimuatkan dengan 64GB memori dalaman serta 6GB RAM untuk fungsi multitasking yang lebih baik serta pengalaman Gaming yang lebih lancar.

Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB RAM Malaysia

Kameranya juga menggunakan sensor yang berbeza. Model 6GB RAM ini menggunakan dual-sensor 16 Megapixel dan 5 Megapixel kamera utama manakala kamera hadapan pula dipadankan dengan 16 Megapixel. Kameranya juga memiliki fungsi PDAF, rakaman video 4K, mod panorama, HDR serta fungsi depth effect untuk kesan bokeh yang menarik.

Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB RAM Malaysia

Lebih menarik lagi, peranti ini menggunakan Android tulen dengan versi terkini 8.1 Oreo. Antara mukanya lebih ringkas dan lancar tanpa aplikasi tambahan sepertimana smartphone Asus yang lain yang menggunakan antaramuka ZenUI. Buat masa ini masih tidak diketahui sama ada peranti ini akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie atau tidak.

Peranti Asus Zenfone Max Pro M1 tidak akan lengkap tanpa kapasiti bateri yang besar untuk jangka hayat yang lebih besar. Peranti ini hadir dengan bateri sebesar 5000 mAh yang di cas melalui port microUSB.

Asus ZenFone Max Pro M1 Versi 6GB RAM Malaysia

Asus ZenFone Max Pro Max versi 6GB RAM boleh didapati dari Lazada Malaysia serta pengedar rasmi Asus dengan harga rasmi RM999. Melalui kedai rasmi Asus Malaysia di Lazada, anda boleh dapakan peranti ini dengan harga jualan RM969.