Samsung Galaxy J6+ Dan J4+ Malaysia

Samsung telah melancarkan dua model peranti mampu milik iaitu Samsung Galaxy J4+ dan Samsung Galaxy J6+. Kedua-duanya merupakan peranti bersaiz 6.0 inci dengan resolusi 720 x 1480 pixel serta dikuasai oleh pemproses Snapdragon 425 dengan keupayaan CPU empat-teras 1.4 Ghz.

Selain itu, Kedua-duanya juga dijalankan dengan sistem Android 8.1 Oreo, memiliki bateri berkapasiti 3300 mAh serta pengimbas cap jari yang terletak di sisi peranti.

Perbezaan ketara pada model-model ini ialah pada pilihan memori, kamera dan warna sahaja di mana model Galaxy J4+ hadir dengan kombinasi memori 32GB/3GB RAM dan 16GB/2GB RAM, kamera tunggal 13 Megapixel F1.9 di belakang serta 5 Megapixel F2.2 kamera Selfie.

Samsung Galaxy J6+ Dan J4+ Malaysia

Samsung Galaxy J6+ pula hadir dengan pilihan memori yang lebih besar iaitu 64GB/4GB RAM dan 32GB/3GB RAM. Kamera belakang menggunakan dual kamera dengan sensor 13 Megapixel F1.9 dan 5 Megapixel F2.2. Manakala untuk kamera selfie menggunakan kamera 8 Megapixel F1.9.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga rasmi kedua-dua peranti ini. Namun ianya dijangka akan dijual sekitar RM699 hingga RM799 untuk pasaran Malaysia.