Vivo V11 Malaysia

Vivo baru sahaja melancarkan satu lagi peranti bersaiz besar iaitu Vivo v11 yang hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.41 inci dan resolusi 1080 x 2340 pixel. Skrinnya juga memiliki takuk kecil yang hanya muat untuk kamera hadapan.

Menariknya mengenai peranti ini di mana ia merupakan peranti pertama dari kelas pertengahan yang menggunakan pengimbas cap jari di bawah skrin. Ia juga menyokong fungsi pengecaman wajah untuk membuka kunci peranti.

Vivo v11 ini dikuasai oleh pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 dengan kemampuan CPU Octa-Core, 6GB RAM serta memori terbina sebesar 128GB yang turut boleh ditambah melalui slot microSD.

Kamera utama Vivo v11 hadir dengan dua lensa 12 Megapixel F1.8 dan 5 Megapixel F2.4 iaitu jenis kamera yang sama digunakan pada Vivo X21 dan Vivo Nex S. Kamera selfienya menggunakan sentuhan lensa 25 Megapixel dengan sokongan teknologi AI.

Vivo V11 Malaysia

Peranti ini juga menggunakan bateri 3,400 mAh yang di cas melalui USB Type-C dan menyokong pengecasan pantas 18W. Ia juga menggunakan Funtouch 4.5 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Baca : Spesifikasi Dan Harga Vivo V11 Malaysia

Di Malaysia, Vivo V11 akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 13 September ini. Buat masa ini tiada maklumat harga rasmi untuk peranti ini.