Harga Apple iPhone XR, XS Dan XS Max Di Malaysia

Akhirnya Apple Malaysia telah mengeluarkan harga rasmi untuk ketiga-tiga model iPhone yang diperkenalkan baru-baru ini. Kini anda boleh dapati Apple iPhone XR bermula RM3599, Apple iPhone XS Bermula RM4999 dan Apple iPhone XS Max akan dijual bermula RM5399 di Malaysia.

Bagi yang masih belum ketahui, tahun ini Apple memperkenalkan tiga model iPhone yang berbeza saiz skrin, kapasiti bateri dan beberapa fungsi lain. Namun, ketiga-tiganya menggunakan cip yang sama iaitu Apple A12 Bionic dengan Hexa-Core CPU.

Kamera selfie juga adalah sama untuk ketiga-tiga model ini dengan 7 Megapixel dan Aperture F2.2. Begitu juga dengan lensa utama yang menggunakan 12 Megapixel F1.8 dengan fungsi OIS dan PDAF. Cuma tambahan kamera kedua untuk iPhone XS dan XS Max dengan lensa 12 Megapixel F2.4 yang juga menyokong fungsi OIS dan PDAF. Lensa kedua ini bertindak sebagai lensa telephoto dengan kemampuan 2x optikal zoom.

Harga Apple iPhone XR, XS Dan XS Max Di Malaysia

Perbezaan utama sudah tentu pada saiz skrin di mana iPhone XS dan XS Max menggunakan skrin Super AMOLED bersaiz 5.8 inci dan 6.5 inci. Manakala iPhone XR hadir dengan skrin IPS bersaiz 6.1 inci dengan resolusi yang lebih rendah.

Baca : Spesifikasi Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.

Harga Apple iPhone XR, XS Dan XS Max Di Malaysia

Ketiga-tiga model ini akan berada di pasaran Malaysia bermula 19 Oktober 2018 dengan harga bermula RM3599 utuk model iPhone XR, RM4999 untuk model iPhone XS dan RM5399 untuk model iPhone XS Max. Untuk harga variasi memori sepenuhnya seperti dibawah.

iPhone XS iPhone XS Max iPhone XR
RM4999 (64GB) RM5399 (64GB) RM3599 (64GB)
RM5699 (256GB) RM6099 (256GB) RM3849 (128GB)
RM6649 (512GB) RM7049 (512GB) RM4299 (256GB)

Apple iPhone XR boleh didapati dalam enam pilihan warna termasuk putih, kuning, biru, kuning, koral dan Product Red. Manakala model XS dan XS Max boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu perak, kelabu angkasa dan emas.