Harga Samsung Galaxy J6+ Dan J4+ Malaysia

Dua model mampu milik dari Samsung baru sahaja memasuki pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy J6+ dan Samsung Galaxy J4+. Kedua dua peranti tersebut dilihat mula ditawarkan di DirectD dengan harga rasmi RM999 untuk model J6+ dan RM699 untuk model J4+.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy J6+ merupakan peranti dengan skrin 6.0 inci dan resolusi 720 x 1480 pixel. Peranti ini juga menawarkan cip Snapdragon 425 dengan ruang memori sebesar 64GB dan 4 GB RAM.

Peranti dengan platform Android Oreo ini juga menggunakan dua kamera di belakang dengan sensor 13 Megapixel dan 5 Megapixel. Untuk kamera Selfie, ia menggunakan sensor 8 Megapixel kamera.

Harga Samsung Galaxy J6 plus Dan J4 plus Malaysia

Bagi model Samsung Galaxy J4+ pula turut menawarkan skrin yang sama iaitu 6.0 inci dengan resolusi 720 x 1480 pixel. Bezanya ialah peranti ini menawarkan kamera tunggal di belakang dengan lensa 13 Megapixel kamera dan kamera hadapan 5 Megapixel.

Peranti ini juga turut menawarkan CPU Snapdragon 425, 32GB memori terbina, 2GB RAM serta bateri Li-Ion 3300 mAh bateri.

Harga Samsung Galaxy J6+ Dan J4+ Malaysia

Harga Samsung Galaxy J6+ di Malaysia bermula RM999 manakala model dengan kamera tunggal, J4+ pula berharga RM699. Ia ditawarkan di DirectD dan dijangka boleh didapati di Lazada Malaysia dan lain-lain kedai atas talian serta pengedar rasmi Samsung di seluruh nrgara.