Xiaomi Malaysia baru sahaja menawarkan model baru untuk pasaran tempatan iaitu Xiaomi Redmi Note 6 Pro yang akan bersaing untuk pasaran smartphone pertengahan.

Peranti ini akan ditawarkan dalam dua variasi untuk pasaran Malaysia iaitu model 32GB / 3GB RAM yang dijual dengan harga RM849. Manakala model 64GB / 4GB RAM pula dijual dengan harga RM999.

Mengenai spesifikasi Xiaomi Redmi Note 6 yang merupakan peranti bersaiz besar dengan 6.26 inci skrin dan resolusi 1080 x 2280 pixel. Ia juga memiliki takuk besar di bahagian atas skrin yang menempatkan dua kamera selfie dan pembesar suara.

Untuk prestasinya, tiada perubahan ketara berbanding model sebelum ini, Xiaomi Redmi Note 5 Pro. Peranti baru ini masih lagi kekal menggunakan Snapdragon 636 dengan CPU Octa-Core 1.8 Ghz dan Adreno 509 GPU.

Perubahan ketaranya pada kamera di mana peranti ini menawarkan empat kamera. Dua di bahagian belakang dengan sensor 12 Megapixel F1.9 dan 5 Megapixel F2.0. Untuk kamera Selfie, peranti ini juga menawarkan dua kamera dengan sensor 20 Megapixel F2.0 dan 2 Megapixel.

Peranti ini juga menawarkan bateri berkapasiti 4000 mAh yang akan dicas melalui MicroUSB. Fungsi lain yang hadir termasuk sistem Android 8.1 Oreo, sambungan internet LTE-A, Infrared dan menggunakan dual Nano Sim.

Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Di Malaysia
Xiaomi Redmi Note 6 Pro (32GB) RM849
Xiaomi Redmi Note 6 Pro (64GB) RM999

Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM849 untuk model 32GB / 3GB RAM manakala model 64GB / 4GB RAM akan dijual dengan harga RM999. Ia boleh didapati mulai 21 Oktober 2018 melalui kedai rasmi Xiaomi di Lazada Malaysia dan Shopee.