Baru-baru ini Nokia baru saja mengumumkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk model Nokia 7 Plus. Terbaru, empat lagi model Nokia yang akan menerima kemaskini Android terbaru tersebut iaitu Nokia 6.1, Nokia 6.1 Plus, Nokia 8 dan Nokia 8 Sirocco.

Dua model iaitu Nokia 6.1 dan 6.1 Plus akan menerima kemaskini Android 9.0 mulai Oktober ini. Manakala untuk Nokia 8 dan Nokia 8 Sirocco akan menerimanya pada bulan November ini.

Ianya merupakan berita baik dari Nokia memandangkan hampir kesemua model Nokia merupakan model di bawah program Android One yang akan menerima kemas kini yang lebih awal. Selain keempat-empat peranti tersebut, Nokia turut akan bawakan kemaskini Android 9 pada model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Nokia 7.1 yang juga pada bulan November ini.

Tags