Nokia baru sahaja mengumumkan peranti pertengahan Nokia 7.1 yang akan memasuki pasaran USA 5 Oktober ini dengan harga jualan dijangka sekitar RM1449. Peranti ini merupakan model Android One yang menggunakan Android 8.1 Oreo serta pemproses Snapdragon 636.

Mengenai Android One, satu lagi peranti yang agak popular di Malaysia yang juga merupakan salah satu model Android One. Ia adalah Xiaomi Mi A2.

Kedua-dua peranti ini memiliki persamaan dan kelebihannya yang sendiri dimana Nokia 7.1 merupakan model pertenghan pertama yang menyokong skrin HDR. Ia juga merupakan model yang terawal yang akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie. Bagi Xiaomi Mi A2 pula menawarkan CPU yang lebih berkuasa dan harga yang lebih mampu milik.

Baca : Spesifikasi Nokia 7.1 Dan Xiaomi Mi A2

Dengan kehadiran Nokia 7.1 sudah tentu akan menjadi saingan hebat untuk Xiaomi Mi A2 oleh kerana peranti ini memiliki kelebihan yang tersendiri. Jadi, sekiranya anda ingin memiliki salah satu peranti ini, anda harus melihat perbandingan antara Nokia 7.1 dan Xiaomi Mi A2 di bawah.

Nokia 7.1 Xiaomi Mi A2
Platform Android 8.1 (Oreo) Android 8.1 (Oreo)
Pemproses Snapdragon 636 Snapdragon 660
CPU Octa-Core 1.8 GHz Kryo 260 Octa-Core CPU
Paparan Skrin IPS 5.84 Inci, 1080 x 2280 pixels, HDR10 Skrin IPS 5.99 Inci, 1080 x 2160 pixels
Memori
  • 32GB / 3GB RAM
  • 64GB / 4GB RAM
  • 64GB / 4GB RAM
  • 128GB / 6GB RAM
Kamera Utama
  • 12 Megapixel F1.8
  • 5 Megapixel F2.4
  • Dual Pixel PDAF, Zeiss Optics
  • 20 Megapixel F1.8
  • 12 Megapixel F1.8
  • PDAF
Kamera Selfie
  • 8 Megapixel F2.0
  • 20 Megapixel F2.2
  • LED Flash
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE-A GPRS, EDGE, HSPA, LTE-A
Bateri
  • Li-Ion 3060 mAh
  • Pengecasan Pantas
  • Li-Po 3000 mAh
  • Pengecasan Pantas
Ciri-Ciri
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
Kelebihan
  • Skrin Dengan Sokongan HDR
  • Kemaskini Android 9.0 Pie
  • Harga Yang Lebih Murah
  • CPU Yang Lebih Berkuasa
Harga Di Malaysia
  • RM1499 (Harga Jangkaan)
  • RM999 (64 GB)
  • RM1199 (128 GB)