Harga LG V40 ThinQ Malaysia

Model terbaru LG V40 ThinQ baru sahaja diumumkan yang hadir dengan susunan tiga kamera di belakang dan dua kamera di hadapan. Peranti ini juga menawarkan skrin takuk jenis OLED sebesar 6.4 inci.

Mengapa LG V40 ThinQ menawarkan tiga kamera di belakang?. Ini adalah jawapannya. Peranti ini menawarkan tiga kamera dengan fungsi yang berbeza. Lensa pertama menggunakan sensor 12 Megapixel dengan aperture F1.5. Ia merupakan kamera utama untuk peranti ini.

Lensa kedua merupakan kamera sudut luas dengan sudut 107 darjah dan menggunakan sensor 16 Megapixel dan Aperture F1.9 yang digunakan untuk mengambil gambar lanskap dan objek yang lebih besar. Lensa ketiga pula merupakan jenis telephoto dengan sensor 12 Megapixel dan Aperture F2.4. Ia berkebolehan dengan 2X Zoom yang sesuai mengambil gambar objek yang jauh.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh LG V40 ThinQ

Selain menggunakan tiga sensor kamera di belakang, LG turut bawakan fungsi ThinQ AI untuk gunakan aturan, kecerahan serta shutter speed yang bersesuaian secara automatik. LG turut perkenalkan fungsi Triple Preview yang merupakan gambar gabungan ketiga-tiga lensa tersebut.

Harga LG V40 ThinQ Malaysia

Untuk prestasinya, peranti ini dikuasai oleh pemproses Snapdragon 845 dengan 6GB RAM dengan 64GB memori dalaman. Peranti ini juga menawarkan bateri 3300 mAh dengan pengecas pantas dan fungsi kalis air dan debu.

Harga LG V40 ThinQ Di Malaysia

  • Di USA LG V40 ThinQ ditawarkan sekitar USD980
  • Harga LG V40 ThinQ di Malaysia dijangka sekitar RM3799.

LG V40 ThinQ akan mulakan jualan di USA melalui kontrak dengan syarikat teko dengan harga jualan sekitar USD980. Di Malaysia tiada maklumat mengenai tarikh jualan dan harga rasmi di sini. Harga LG V40 ThinQ di Malaysia dijangka sekitar RM399 sekiranya model premium ini memasuki pasaran tempatan kelak.