Harga Microsoft Surface Pro 6 Malaysia

Microsoft baru sahaja melancarkan model baru laptop hybrid Microsoft Surface Pro 6 setelah hampir dua tahun generasi sebelum ini diumumkan. Untuk model baru ini Microsoft bawakan cip terbaru Intel generasi ke-8 dengan pilihan warna hitam yang baru.

Selain rekaan hitam dan cip baru, ruang dalamnya juga mendapat pembaharuan dengan jangka hayat bateri yang lebih tahan lama. Menurut Microsoft, peranti ini mampu bertahan selama 13.5 jam jangka hayat bateri.

Microsoft Surface Pro 6 hadir dengan skrin bersaiz 12.3 inci dengan resolusi 2736 x 1824 pixel dan lebih 5 juta Pixel untuk kejelasan yang lebih baik. Didalamnya menggunakan cip Intel 8 Gen Quad-Core CPU dengan pilihan Intel i5 atau i7. Peranti ini turut menawarkan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan 1TB memori dalaman.

Harga Microsoft Surface Pro 6 Malaysia

Untuk sambungan, peranti ini menawarkan port USB 3.0, mini Display Port dan Surface Connector. Namun malangnya tidak disertakan dengan USB Type-C. Spesifikasi sepenuhnya seperti dibawah :-

  • Skrin PixelSense bersaiz 12.3-inci, resolusi 2736 x 1824 pixel
  • Intel Core 8th Gen dengan pilihan Intel i5 dan i7
  • Pilihan 8GB dan 16GB RAM.
  • Pilihan 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB memori.
  • Intel UHD Graphics 620 GPU.
  • Port USB 3.0, Mini DisplayPort, Surface Connect, Surface Type Cover, 3.5 mm headphone jack, microSDXC card reader.
  • Kamera 5 Megapixel di hadapan dan 8 Megapixel di belakang.

Harga Microsoft Surface Pro 6

Microsoft Surface Pro akan mula dijual di US bermula 16 Oktober ini dengan lima pilihan variasi memori, CPU dan RAM. Untuk model asas dengan Intel i5, 128GB dan 8GB RAM berharga USD899 atau bersamaa RM3,719 di Malaysia. Harga rasmi Microsoft Surface Pro seperti di bawah :-

  • Warna Platinum, 8GB, Intel Core i5, 128GB – USD899.00 (RM3,719)
  • Warna Platinum/Black, 16GB, Intel Core i5, 256GB –  USD1,199.00 (RM4,961)
  • Warna Platinum/Black, 8GB, Intel Core i7, 256GB – USD1,499.00 (RM6,202)
  • Warna Platinum/Black, 16GB, Intel Core i7, 512GB –  USD1,899.00 (RM7,857)
  • Warna Platinum, 16GB, Intel Core i7, 1TB – USD2,299.00 (RM9,512)

Di Malaysia, Surface Pro 6 dijangka berharga bermula RM3,999 sekiranya ia memasuki pasaran tempatan kelak.