Harga Nokia 7.1 Malaysia

Nokia baru saja melancarkan sebuah model pertengahan iaitu Nokia 7.1 dengan rekaan kaca dan kerangka aluminium yang hadir dalam dua pilihan warna biru gelap dan perak.

Peranti ini dibina dengan skrin sebesar 5.84 inci PureDisplay serta dengan resolusi FullHD+ 1080 x 2280 pixels. Ia juga dilindungi oleh lapisan Corning Gorilla Glass serta menyokong HDR10 yang membolehkan ia memainkan kandungan video HDR.

Di dalamnya, peranti ini menggunakan pemproses Snapdragon 636 serta dua pilihan memori iaitu 32GB / 3 GB RAM dan 64 GB / 4 GB RAM. Slot microSD juga disediakan yang boleh dimuatkan sehingga 256GB.

Baca : Spesifikasi Nokia 7.1

Untuk camera Nokia 7.1menggunakan 8 megapixel kamera di bahagian hadapan untuk mengambil gambar selfie manakala di bahagian belakang menggunakan kamera 12 megapixel dan 5 megapixel yang turut hadir bersama Zeiss optik dan Dual Pixel PDAF. Kameranya juga menyokong fungsi AI untuk pengecaman suasana persekitaran bagi membolehkan ia menggunakan aturan fotografi yang lebih sesuai.

Harga Nokia 7.1 Malaysia

Nokia 7.1 juga dikuasai oleh bateri 3060 mAH serta menyokong pengecasan pantas dan sambungan USB Type-C. Peranti ini juga dijalankan menggunakan Android 8.1 Oreo yang merupakan salah satu peranti di bawah program Android One. Menurut Nokia, peranti ini akan menerima kemaskini Android 9 Pie pada bulan November ini.

Harga Nokia 7.1 Di Malaysia

Peranti ini sudah dijual di USA bermula 5 Oktober ini dengan harga jualan USD349 untuk model 32GB. Buat masa ini tiada maklumat mengenai tarikh jualan serta harga rasmi di Malaysia. Harga Nokia 7.1 di Malaysia dijangka sekitar RM1449 sekiranya memasuki pasaran tempatan kelak.