Lenovo baru sahaja mengumumkan model pertengahan iaitu Lenovo S5 Pro dan Lenovo K5 Pro. Kedua-duanya merupakan peranti bersaiz besar yang dikuasai oleh pemproses Snapdragon 636 dengan RAM sehingga 6GB serta pilihan memori 64GB atau 128GB.

Lenovo S5 Pro

Lenovo S5 Pro hadir dengan skrin takuk bersaiz 6.2 inci dengan resolusi 1080 x 2246 pixel. Peranti ini dilihat mengfokuskan kepada fotografi memandangkan ia hadir dengan lensa yang agak baik dengan dua sensor 12 Megapixel F1.8 dan 20 Megapixel F2.6. Untuk kamera Selfie peranti ini dimuatkan dengan lensa 20 dan 8 Megapixel.

Harga Lenovo S5 Pro Dan K5 ProLenovo S5 Pro

Lenovo S5 Pro juga tersedia dengan platform Android 8.1 Oreo dan bateri berkapasiti 3500 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 2A/9V 18W. Ia juga memiliki port USB Type-C, sambungan LTE-A serta hadir dalam tiga pilihan warna hitam, emas dan biru.

Lenovo K5 Pro

Bagi model Lenovo K5 Pro pula merupakan model yang lebih murah yang hadir dengan skrin 5.99 inci dan resolusi 1080 x 2160 pixel. Ia juga dikuasai oleh Snapdragon 636, 4 atau 6 GB RAM dan 64 atau 128GB memori dalaman.

Lenovo K5 Pro

Seperti model S5 Pro, peranti ini juga hadir dengan empat lensa. dua di depan kamera 16 dan 5 Megapixel untuk Selfie. Di belakangnya juga memiliki dua lensa yang turut menggunakan sensor yang sama iaitu 16 dan 5 Megapixel. Peranti ini memiliki kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4050 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas yang di cas melalui USB Type-C.

Harga Lenovo S5 Pro dan Lenovo K5 Pro

Kedua dua peranti ini akan mula dijual di China bermula 23 Oktober ini dengan harga CNY 1300 atau sekitar RM899 di Malaysia untuk model Lenovo S5 Pro. Untuk model K5 Pro pula akan ditawarkan pada 25 Oktober dengan harga CNY 1100 atau sekitar RM699 di Malaysia.