Asus ROG Phone Malaysia
Smartphone Gaming yang dinanti-nantikan kini telah tiba di Malaysia. Asus Malaysia akan membuka tempahan awal di Shopee bagi yang berminat untuk dapatkan peranti Asus ROG Phone mulai esok 16 Oktober 2018.

Namun, Buat masa ini Asus masih lagi belum mendedahkan harga rasmi peranti tersebut. Pembeli harus membayar RM999 untuk deposit dan harga penuh peranti mungkin akan didedahkan kemudian.

Mengenai spesifikasi Asus ROG Phone, ia merupakan peranti yang mengfokuskan pada permainan seperti Razer Phone dan juga Xiaomi Black Shark. Uniknya mengenai ROG Phone ini memiliki rekaan dengan ikonik lampu logo ROG di belakangnya yang boleh diaturkan warna melalui aplikasi Aura RGB. 

Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.0 inci, resolutions 1080 x 2160 pixel dengan 90Hz refresh rate serta menyokong kandungan HDR. Ia direka khas untuk prestasi Gaming yang lebih baik termasuk menggunakan cip Snapdragon 845, 8GB RAM dan sehingga 512GB memori dalaman.

Selain itu, peranti dengan bateri 4,000 mAh ini juga tampil bergaya dengan dua USB Type-C di bahagian bawah peranti dan di bahagian sisi. Ia turut hadir dengan dua kamera di belakang dengan sensor 12 MP dan 8 MP serta 8 MP kamera selfie.

Bagi yang berminat untuk dapatkan Asus ROG Phone boleh mula menempahnya di Shopee dengan deposit RM999. Harga Asus ROG Phone di Malaysia dijangka sekitar RM3099 – RM3499.