Asus Zenfone Max Pro M2 Malaysia

Asus Zenfone Max Pro M1 boleh dikatakan masih baru. Ianya mula diumumkan Asus pada bulan April yang lalu dan memasuki pasaran Malaysia pada awal June dengan harga bermula dari RM699 hingga RM999 untuk variasi memori yang berbeza.

Namun ianya tidak terhalang untuk Asus melancarkan model generasi kedua pada tahun yang sama. Melalui Facebook Asus Malaysia, generasi kedua Asus Zenfone Max Pro M2 bakal diumumkan pada 11 December ini.

Seperti model pertama, model baru ini juga mengfokuskan kepada peranti Gaming dengan harga mampu milik bedasarkan slogan “Next Generation Gaming” yang difokus Asus di Facebook miliknya.

Bedasarkan maklumat yang tertiris, Asus Zenfone Max Pro M2 akan hadir dengan skrin takuk 6.2 inci dengan resolusi 1080p. Ia juga akan menggunakan cip Snapdragon 660, pilihan 4 atau 6 GB RAM serta 64 GB memori dalaman.

Selain fokus pada Gaming, peranti ini hadir dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 5,000 mAh. Kamera digunakan ialah hasil gabungan lensa 12 Megapixel (F1.8) dan 5 Megapixel di belakang manakala 13 Megapixel (F2.0) untuk kamera Selfie.

Asus Zenfone Max Pro M2 akan diumumkan pada 11 December ini. Seperti model sebelum ini, peranti ini juga akan menggunakan Android tulen.