Gambar Render Sony Xperia XZ4

Gambar render terbaru mengenai Sony Xperia XZ4 telah tertiris di internet yang menunjukkan peranti dengan rekaan yang nipis, skrin tanpa takuk serta tiga kamera di bahagian belakang.

Bedasarkan sumber, Sony Xperia XZ4 akan hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.5 inci dengan nisbah 21:9 yang kelihatan agak memanjang berbanding peranti lain.

Terdapat tiga kamera di bahagian belakang dan LED Flash di atas kamera. Sensor yang digunakan tidak dinyatakan manakala di bahagian hadapan terdapat kamera tunggal untuk Selfie.

Gambar Render Sony Xperia XZ4

Bedasarkan gambar yang Tertiris, peranti ini juga bakal dimuatkan dengan USB Type-C dan pengimbas cap jari di bahagian sisi tepi. Namun malangnya Sony telah menggugurkan port 3.5.mm audio jack.

Memandangkan Xperia XZ4 merupakan model perdana, sudah tentunya ia akan hadir dengan cipset kelas atasan seperti Snapdragon 845. Variasi memori pula masih lagi belum diketahui.

Sony Xperia XZ4 dijangka akan diumumkan pada Februari tahun hadapan di MWC 2019.