Harga Oppo R17 Pro Malaysia

Oppo Malaysia baru sahaja melancarkan peranti perdana untuk pasaran tempatan iaitu Oppo R17 Pro yang ditawarkan dengan harga RM2699. Oppo R17 Pro membawa keunikannya yang tersendiri dengan rekaan biru menawan serta tiga kamera di bahagian belakangnya.

Oppo dilihat cuba merapatkan jurang antara smartphone kamera dari pengeluar popular yang lain seperti Samsung dan Huawei dengan model baru ini yang mengfokuskan pada fotografi.

Dari segi rekaan, R17 Pro merupakan peranti yang agak besar dengan skrin takuk titisan air jenis AMOLED bersaiz 6.4 inci dan resolusi 1080 x 2340 pixels (FHD+). Hanya satu pilihan warna yang ditawarkan iaitu Stream Blue yang menggabungkan kecerunan warna biru dan unggu.

Harga Oppo R17 Pro Malaysia

Seperti kebanyakan model perdana yang lain, Oppo R17 Pro juga membawakan pengimbas cap jari dibawah skrinnya. Rekaan kemasnya hanya menawarkan port USB Type-C untuk peranti ini tanpa Audio Jack.

Spesifikasi Oppo R17 Pro

Oppo R17 Pro hadir dengan 128GB memori dalaman, 8 GB RAM serta pemproses Snapdragon 710 dengan kemampuan 8 teras CPU. Ianya bukanlah pemproses yang paling berkuasa untuk smartphone seperti cip Snapdragon 845. Namun untuk kegunaan harian dengan lancar iainya masih lagi berbaloi.

Model ini juga membawakan dua bateri yang berkapasiti 1,850mAh setiap satu menjadikan keseluruhan kapasiti sebanyak 3700 mAh. Baterinya sudah tentu memiliki teknologi pengecasan pantas SuperVOOC yang mampu mencapai kapasiti 40% dalam masa 10 minit pengecasan sahaja. Pengecasan penuh pula dapat dilakukan dalam hanya 35 minit sahaja.

Harga Oppo R17 Pro Malaysia

Oppo R17 Pro lebih mengfokuskan kepada fotografi. Terdapat tiga lensa dibahagin belakangnya. Lensa utama dengan sensor 12 Megapixel dengan aperture boleh laras F1.5 – F2.4 dan penstabilan imej optikal (OIS), Lensa kedua pula menggunakan sensor 20 Megapixel dengan aperture F2.6 yang akan digunakan untuk portait mod bagi menghasilkan bokeh seperti DSLR. Lensa ketiga pula merupakan kamera TOF 3D.

Untuk kamera hadapan, peranti ini menawarkan 25 Megapixel sensor dengan fungsi AI untuk gambar selfie yang lebih baik. Oppo R17 Pro juga menawarkan antaramuka ColorOS 5.2 yang berasaskan  Android 8.1 (Oreo). Untuk spesifikasi penuh Oppo R17 Pro seperti dibawah.

Spesifikasi Oppo R17 Pro
Platform Android 8.1 (Oreo)
Pemproses Qualcomm SDM710 Snapdragon 710
Memori 128 GB Memori Dalaman dan 8 GB RAM
Paparan AMOLED 6.4 inci, 1080 x 2340 pixels (FHD+)
Kamera Utama
  • 12 Megapixel (F1.5-2.4)+ 20 Megapixel (F2.6) + Kamera TOF 3D
  • Dual Pixel PDAF, OIS
  • Perakam video 4K
Kamera Depan 25 Megapixel (F2.0)
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3700 mAh dengan SuperVOOC Flash Charge
  • Sambungan 4G LTE-A Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bawah skrin
Harga Di Malaysia RM2699
Model Pesaing

Harga Oppo R17 Pro Di Malaysia

Harga Oppo R17 Pro di Malaysia ialah RM2699 yang boleh didapati di Shopee dan juga semua pengedar rasmi Oppo seluruh Malaysia bermula 22 November 2018. Bagi yang menempah peranti ini melalui Shopee Malaysia akan menerima Neo Smartband bernilai RM389 secara percuma.