Harga Realme C1 Malaysia

Realme merupakan jenama baru dibawah Oppo yang baru sahaja berlabuh di Malaysia. Jualan peranti pertamanya di Malaysia mendapat sambutan yang agak baik dengan model pertengahan, Realme 2 Pro.

Seterusnya, Realme akan memasarkan model keduanya iaitu Realme C1 pada 22 November ini. Model ketiga, Realme 2 akan mula memasuki pasaran tempatan pada dua hari kemudiannya.

Mengenai Realme C1 yang merupakan smartphone murah dengan skrin yang besar. Spesifikasi yang ditawarkan juga agak berbaloi untuk peranti dengan harga RM449.

Spesifikasi Realme C1

Realme C1 menawarkan skrin takuk bersaiz 6.2 inci dengan resolusi 720 x 1520 pixel. Didalamnya hadir dengan pemproses Snapdragon 450 dengan 16GB memori dalaman serta 2GB RAM. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini yang boleh di isi sehingga 256GB.

Harga Realme C1 Malaysia

Walaupun dikelaskan sebagai peranti mampumilik, peranti ini turut menawarkan dua kamera dengan sokongan AI di bahagian belakang. Sensor yang digunakan ialah 13 Megapixel F2.2 dan 2 Megapixel F2.4. Manakala untuk selfie ia menggunakan sensor 5 Megapixel F2.2.

Peranti mampu milik ini tidak memiliki pengimbas cap jari. Namun anda boleh membuka peranti dengan menggunakan fungsi pengecaman wajah melalui kamera hadapan. Ia turut menawarkan kapasiti bateri yang besar iaitu 3230mAh yang boleh di cas melalui microUSB.

Harga Realme C1 Di Malaysia

Harga Realme C1 di Malaysia ialah RM449 dan boleh didapati bermula 22 November ini. Anda juga boleh dapatkannya dengan harga promosi di Lazada Malaysia iaitu RM399.