HTC U11 Life Android Pie Update

Smartphone dengan platform Android Oreo sepatutnya akan menerima kemaskini terkini lebih pantas dengan Project Treble yang diumumkan Google sebelum ini. Namun masih banyak peranti yang tersekat di platform Android Oreo tanpa mendapat kemaskini Android Pie.

Sebelum ini HTC telah mengeluarkan senarai peranti yang akan mendapat kemas kini Android Pie. Ianya termasuk HTC U12+, HTC U11, HTC U11+ dan HTC U11 Life. Dalam keempat-empat perangi tersebut nampaknya model HTC U11 Life antara yang terawal menerima kemaskini tersebut.

Tidak hairanlah mengapa peranti tersebut menjadi terawal menerima Android Pie oleh kerana ia satu-satunya model HTC yang menyertai program Android One.

HTC U11 Life dilancarkan November tahun lalu yang merupakan peranti dengan skrin 5.2 inci, cip Snapdragon 630, Memori Sehingga 64GB dan 4GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan kamera tunggal 16 Megapixel F2.0 di bahagian belakang dan hadapan.

HTC masih lagi belum mengesahkan, namun pengguna-pengguna peranti tersebut mula mendapat kemas kini Android Pie mulai 29 November. Kemaskini Pie hadir bersama tampalan Oktober yang perlu dimuat turut dengan saiz sebesar 720MB.