Kemaskini Android 9.0 Pi Untuk Nokia 7.1

Selain Xiaomi Mi A2 Lite, Nokia 7.1 juga akan menerima kemaskini Android Pie tidak lama lagi. Ianya telah diumumkan sendiri oleh orang kuat Nokia, Juho Sarvikas melalui akaun Twitter miliknya.

Kemaskini Android Pie untuk Nokia 7.1 akan dilakukan secara berperingkat Bedasarkan lokasi anda.

Sedikit mengenai spesifikasi Nokia 7.1 yang merupakan peranti pertengahan dengan cip Snapdragon 636, pilihan memori sehingga 64GB dan 4GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan skrin 5.84 inci dengan resolusi FHD+ dan bateri 3060 mAh.

Untuk kamera Nokia 7.1 hadir dengan lensa 12MP dan 5MP di bahagian belakang manakala kamera selfie menggunakan lensa 8 Megapixel. Malangnya peranti ini masih lagi belum memasuki pasaran tempatan.