Kemaskini Android Pie Untuk Xiaomi Mi A2 Lite

Salah satu kelebihan Smartphone Android One adalah menjadi antara peranti yang terawal menerima kemaskini Android terbaru. Xiaomi antara salah satu jenama yang menyertai program Android One untuk smartphone siri Mi A keluarannya.

Sebelum ini, Xiaomi mula membuka Program Beta Android Pie untuk model mampu miliknya Xiaomi Mi A2 Lite. Kini, ada pengguna Mi A2 Lite mula menerima kemaskini Android Pie di peranti mereka.

Kemaskini Android Pie Untuk Xiaomi Mi A2 Lite

Melalui XDA Developers, mereka melaporkan ada pengguna dari Poland telah berkongsi screenshoot kemaskini tersebut yang menawarkan fungsi Radio FM, penetapan bateri dan pencahayaan serta sistem navigasi Smartphone yang lebih baik.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut tentang tarikh kemaskini Android Pie untuk pengguna Xiaomi Mi A2 Lite di Malaysia. Namun ia dijangka hadir tidak lama lagi.