Nubia Red Magic Mars Malaysia

Nubia Red Magic Mars kini rasmi. Ia merupakan smartphone perdana yang fokus kepada kaki gaming dengan cip berkuasa Snapdragon 845, sistem penyejuk dwi paip haba, jalur RGB di belakang serta banyak lagi aksesori khas untuk gaming.

Peranti ini dimuatkan dengan skrin IPS bersaiz 6.0 inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixel. Terdapat dua butang sesentuh di bahagian sisi peranti serta fungsi 4D Shock yang memberikan kesan gegaran semasa bermain.

Peranti ini juga menggunakan Stero Speaker dengan DTS 7.1 Audio untuk kesan bunyi yang lebih menarik. Kameranya menggunakan lensa tunggal di belakang dengan sensor 16 Megapixel F1.8 manakala untuk selfie menggunakan kamera 8 Megapixel.

Nubia Red Magic Mars Malaysia

Nubia Red Magic Mars dikuasai oleh pemproses Snapdragon 845 dengan pilihan memori dari 64GB sehingga 256GB dan pilihan RAM sehingga 10 GB RAM. Peranti ini juga menggunakan bateri 3800 mAh dengan USB Type-C serta menyokong teknologi pengecasan pantas.

Baca : Spesifikasi Penuh Dan Harga Terkini Nubia Red Magic Mars

Nubia Red Magic Mars akan mulakan jualan di China dengan harga bermula CNY 2700, CNY 3200 dan CNY4000 untuk model 64GB, 128GB serta 256GB. Harga Nubia Red Magic Mars di Malaysia dijangka bermula sekitar RM1699.