Realme U1 Malaysia

Realme baru saja mengumumkan model smartphone pertenghan yang mengfokuskan kepada golongan muda yang gemar berselfie.

Ia dimuatkan dengan lensa Selfie 25 Megapixel menggunakan sensor dari Sony IMX576 dengan 0.9µm pixel dan aperture F2.0 untuk gambar selfie yang lebih cerah dan jelas. Untuk kamera utama pula, peranti ini hadir dengan dua lensa 13 Megapixel dan 2 Megapixel dengan sokongan rakaman video HD1080p.

Realme U1 hadir dengan skrin bersaiz 6.3 Inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. Ia juga dilindungi dengan Gorilla Glass 3 dan menggunakan antara muka ColorOS 5.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Realme U1 Malaysia

Di bahagian dalam, Realme U1 merupakan model pertama yang menggunakan cipset Mediatek Helio P70 dengan CPU 8-Teras dan Mali-G72 MP3 GPU. Terdapat dua pilihan memori iaitu 32GB dengan 3GB RAM serta 64GB dengan 4GB RAM.

Realme U1 Malaysia

Realme U1 juga hadir dengan bateri berkapasiti Li-Ion 3500 mAh yang di cas melalui port microUSB 2.0. Namun baterinya tidak menyokong pengecasan pantas.

Baca : Spesifikasi Penuh Dan Harga Realme U1 Di Malaysia

Realme U1 akan mula dijual di India dengan harga INR 11,999 untuk model 32GB dan INR 14,999 untuk model 64GB. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan emas. Harga Realme U1 di Malaysia dijangka sekitar RM849 dan ke atas sekiranya memasuki pasaran tempatan kelak.