Asus Malaysia baru sahaja mengumumkan smartphone pertenghan dengan 5000 mAh bateri, Asus Zenfone Max Pro M2 yang kini di pasaran bermula RM859. Asus turut umumkan bahawa peranti tersebut akan mendapat kemaskini Android Pie pada Januari tahun hadapan.

Walaupun model baru telah keluar, nampaknya Asus tidak mengabaikan model generasi sebelum ini, Asus Zenfone Max Pro M1. Peranti tersebut telah disahkan bakal menerima kemaskini Android Pie pada Fabuari 2019. Asus Zenfone 5z pula akan menerima pada penghujung Januari 2019.

Asus Zenfone Max Pro M1 merupakan model pertama dari Asus yang menggunakan Android tulen. Ia mengfokuskan pada peranti gaming mampu milik dengan 6.0 inci FHD+ skrin, pemproses Snapdragon 636 serta bateri sebesar 5000 mAh.

Untuk Asus Zenfone 5z merupakan model perdana dengan skrin 6.2 inci, pemproses Snapdragon 845, 3300 mAh bateri serta 128GB memori dan 6GB RAM.