Asus Zenfone Max M2 Dan Zenfone Max Pro M2

Asus Zenfone Max M2 dan Max Pro M2 dijangka akan diumumkan 11 Disember ini. Bagi yang sedang mencari smartphone gaming mampu milik sudah tentu tidak sabar menanti-nanti kemunculan kedua-dua model baru ini.

Terbaru, gambar penuh untuk kedua-dua model ini telah tertiris di Internet. Model Asus Zenfone Max Pro M2 kelihatan lebih elegan dengan kerangka kaca belakang dengan pilihan warna hitam. Manakala model tanpa “Pro” memiliki rekaan belakang yang hampir sama dengan model Max Pro M1 sebelum ini.

Kedua-dua model dijangka menggunakan skrin yang sama iaitu dengan skrin takuk 6.0 inci, nisbah 19.5:10 dan resolusi 1080 x 2340 pixel.

Asus Zenfone Max Pro M2

Perbezaan ketara pada peranti ini ialah cipset yang digunakan dimana model Zenfone Max Pro M2 bakal hadir dengan CPU Snapdragon 660, memori sehingga 128GB dan sehingga 6GB RAM. Manakala versi Zenfone Max M2 menggunakan cip Snapdragon 636, Memori Sehingga 64GB dan 4GB RAM.

Asus Zenfone Max M2

Untuk kamera, versi Pro akan menggunakan lensa 12 Megapixel dan 5 Megapixel di bahagian belakang. Manakala versi tanpa Pro dijangka akan hadir dengan gabungan lensa 13 Megapixel dan 5 Megapixel. Peranti ini juga akan bawakan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 5000 mAh.

Spesifikasi lain masih lagi belum diketahui. Sama-sama kita nantikan 11 Disember ini untuk spesifikasi penuh kedua dua model baru ini.