Harga Asus Zenfone Max Pro M2 Malaysia
Harga Asus Zenfone Max Pro M2 Di Malaysia Dari RM899, Jualan Bermula 11 Disember.

Asus Malaysia akhirnya melancarkan model pertengahan Asus Zenfone Max Pro M2 untuk pasaran Malaysia. Peranti yang akan menggantikan Zenfone Max Pro M1 ini boleh didapati dengan harga bermula RM849 untuk model 4GB / 64GB dan RM999 untuk model 6GB / 64GB.

Berbanding model lama Asus Zenfone Max Pro M1, model baru ini membawakan beberapa penambah bagikan dengan skrin yang lebih besar, prestasi dan kamera yang lebih baik serta bateri yang lebih tahan lama.

Peranti ini akan berikan saingan hebat untuk model pertenghan lain seperti Realme 2 Pro dan Xiaomi Redmi Note 6 Pro yang menawarkan harga yang hampir.

Spesifikasi Asus Zenfone Max Pro M2

Asus Zenfone Max Pro M2 hadir dengan skrin sebesar 6.3 Inci dengan resolusi 1080 x 2280 pixel. Peranti ini juga hadir dengan Corning Gorilla Glass 6 yang lebih tahan lasak.

Harga Asus Zenfone Max Pro M2 Malaysia
Asus Zenfone Max Pro M2 Dengan Cip Snapdragon 660. 11% lebih prestasi dan 33% lebih baik keupayaan grafik berbanding generasi sebelum ini.

Di dalamnya, peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 660, 64GB memori dalaman serta pilihan 4GB RAM atau 6GB RAM. Ia juga memiliki slot sendiri untuk microSD yang boleh dimuatkan sehingga 2TB.

Jangka hayat bateri sentiasa menjadi keutamaan untuk peranti siri Zenfone Max. Ia dimuatkan dengan 5000 mAh bateri. Menurut Asus, peranti ini mampu bertahan sehingga dua hari untuk penggunaan harian. Namun malangnya ia tidak disertakan dengan teknologi pengecasan pantas.

Harga Asus Zenfone Max Pro M2 Malaysia
5000 mAh bateri dengan jangka hayat sehingga dua hari.

Untuk kamera, Asus Zenfone Max Pro M2 tampil dengan dua kamera di belakang. Lensa pertama dengan sensor 12 Megapixel dengan F1.8 Aperture serta pengecaman suasana AI. Lensa kedua dengan sensor 5 Megapixel untuk pengesanan kedalaman untuk hasilkan bokeh pada gambar portrait.

Untuk Selfie, peranti ini tampil dengan lensa 13 Megapixel dengan Apertures F2.0. Kamera selfie ini juga bertindak sebagai pengecam wajah untuk membuka peranti.

Harga Asus Zenfone Max Pro M2 Malaysia
Tiga slot untuk kad SIM dan mIcroSD

Seperti model sebelum ini, Asus Zenfone Max Pro M2 hadir dengan sistem Android tulen dengan versi 8.1 Oreo. Asus juga telah memberi jaminan bahawa peranti ini akan mendapat kemaskini Android Pie pada Januari tahun hadapan.

Harga Asus Zenfone Max Pro M2 Malaysia

Malaysia antara negara yang terawal menerima Asus Zenfone Max Pro di pasaran tempatan. Harga Asus Zenfone Max Pro M2 di Malaysia Bermula dari RM849 untuk model 4GB dan RM999 untuk model 6GB RAM.

Baca : Spesifikasi Penuh Dan Harga Terkini Asus Zenfon Max Pro M2 Malaysia

Ia boleh ditempah melalui Lazada Malaysia dan Shopee bermula 11 Disember 2018. Anda akan menerima peranti anda pada 18 Disember 2018.