Harga Huawei Y Max Di Malaysia RM1299, Jualan bermula 10 Disember 2018.

Bagi yang inginkan peranti dengan skrin yang besar, Huawei Y Max antara Smartphone yang sesuai untuk anda. Skrinnya amat besar dengan saiz 7.12 inci dengan resolusi 1080 x 2244 pixel.

Di Malaysia, peranti ini ditawarkan dalam dua warna hitam dan coklat dengan lapisan penutup belakang seperti kulit yang nampak lebih elegan dan kemas.

Fokus utama peranti ini sudah tentunya pada multimedia. Sudah tentu pengalaman menonton video lebih menarik pada skrin yang besar. Tambahan pula ia menyokong Dolby Atmos untuk sistem bunyi yang lebih menarik.

Di dalamnya, perangi ini dikuasai pemproses pertenghan Snapdragon 660 dengan 128GB ruang memori, 4GB RAM serta bateri yang cukup besar iaitu 5,000 mAh. Memori boleh ditingkatkan melalui microSD yang boleh dimuatkan sehingga 256GB.

Huawei Y Max memiliki dua kamera belakang dengan sensor 16 Megapixel dan 2 Megapixel. Untuk Selfie pula, Huawei telah menyediakan kamera 8 Megapixel dengan aperture F2.0.

Baca : Spesifikasi Dan Harga Terkini Huawei Y Max Di Malaysia

Huawei Y Max sudah boleh didapati di Malaysia Bermula 10 Disember 2018 yang boleh dibeli Melalui Lazada Malaysia.