Lenovo Z5 Pro GT Malaysia

Lenovo baru saja mengumumkan peranti perdana yang mengfokuskan pada Gaming, Lenovo Z5 Pro GT. Ia berasaskan model pertenghan Lenovo Z5 Pro namun dengan cip Snapdragon 855 yang baru, 12GB RAM serta rekaan belakang dari seperti karbon fiber.

Peranti ini menawarkan skrin AMOLED sebesar 6.39 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. Ia juga memiliki pengimbas cap jari terbina dibawah skrin. Z5 Pro GT bawakan dua kamera di belakang dengan sensor 16MP dan 24MP.

Untuk mengambil gambar Selfie, anda perlu gelongsor bahagian belakang bagi mendedahkan dua lensa selfie dengan sensor 16 MP dan 8MP.

Lenovo Z5 Pro GT Malaysia

Terdapat tiga pilihan memori untuk model ini iaitu 128GB/6GB, 256GB/8GB dan 512GB/12GB RAM. Ia juga hadir dengan bateri Li-Po 3350 mAh serta platform Android 8.1 Oreo.

Baca : Spesifikasi Penuh Dan Harga Lenovo Z5 Pro GT Di Malaysia

Peranti ini akan mulakan jualan di China dengan harga bermula CNY2698, CNY3398 dan CNY3398 untuk model 128GB, 256GB dan 512GB. Harga Lenovo Z5 Pro GT di Malaysia dijangka bermula dari RM1699.