Lenovo Z5s Malaysia

Selain model Lenovo Z5 Pro GT, Lenovo turut umumkan model pertenghan dengan tiga kamera di belakang iaitu Lenovo Z5s.

Kerangka belakangnya seolah-olah kebanyakan peranti Huawei dengan susunan tiga kamera menegak serta jenama di bahagian bawah. Cuma warna yang ditawarkan berbeza di mana Lenovo Z5s hadir dengan warna hitam, warna cerun biru/unggu dan oren/pink.

Di dalamnya, peranti ini menawarkan pemproses Snapdragon 710 dengan tiga pilihan memori 64GB/4GB RAM, 64GB/64GB RAM serta 128GB/64GB RAM. Ia menggunakan skrin IPS sebesar 6.3 Inci dengan resolusi FullHD+ dengan takuk kecil diatas peranti untuk menempatkan 16 Megapixel kamera Selfie.

Lenovo Z5s Malaysia

Di belakang tiga lensa digunakan untuk mengambil gambar. Lensa pertama jenis sudut lebar dengan 16 Megapixel. Lensa kedua dengan kebolehan 2x Zoom dengan sensor 8 Megapixel manakala lensa ketiga 5 Megapixel untuk kesan bokeh.

Lenovo Z5s juga hadir dengan antara muka ZUI 10 yang berasaskan Android Oreo. Ia turut menyokong 3300 mAh bateri dengan USB Type-C dan pengecas 15W.

Baca : Spesifikasi & Harga Lenovo Z5s Di Malaysia

Lenovo Z5s mula dijual pada 24 Dicember ini untuk pasaran China dengan harga CNY1398 untuk model 64GB /6GB RAM. Tiada maklumat untuk pasaran di luar China. Harga Lenovo Z5s di Malaysia dijangka sekitar RM999.